Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW

Pelajar miskin/miskin tegar luar bandar yang memerlukan bantuan kewangan untuk pelajaran adalah disarankan untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan 1 mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di luar bandar yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara ‘one off’ sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianKadar Bantuan
 SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan bertaraf Sijil)RM500.00
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah PertamaRM1,000.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin.

2. Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah.

3. Kategori pendapatan berikut:
– Kategori Miskin: Isi Rumah RM2,199, Perkapita RM567
– Kategori Miskin Tegar: Isi Rumah RM1,142, Perkapita RM290

4. Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa.

5. Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan

6. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Tatacara Permohonan

Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan di pautan https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/index.php?data=Ym9yYW5nLnBocA==.

Kemudian, hantar dokumen ke alamat berikut:

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  3. Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  4. Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.
  5. Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Kumpulan A dan ke atas) atau Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Sidang/MPKK/Pengerusi JKKR/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Temenggong/Kapitan/Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/Pengerusi Persatuan Penduduk/Pengerusi JKKK/Ahli Parlimen/ADUN/Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendam.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW, sila layari laman web https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: