Anak Negeri Sabah yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membuka permohonan bagi Bantuan Pendidikan MUIS yang merangkumi yuran pendaftaran awal dan tiket penerbangan sehala.
Untuk makluman, MUIS ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI’ 92). Di bawah seksyen 32 EPUI’92 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.
Antara objektif penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.
Ini termasuklah membantu para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah:
- Sijil
- Asasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Umum
Syarat umum bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Penduduk asal Negeri Sabah.
- Warganegara Malaysia/permastautin tetap
- Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
Cara Memohon
Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:
- Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
- Klik bahagian Log Masuk.
- Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat pendaftaran sehingga tamat.
- Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.