Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee

Pusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bantuan pendidikan wakaf menerusi Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy adalah seorang insan yang lahir pada 1907 di Gudjerat, India yang menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul hartanah dan saham.

Untuk makluman, Allahyarham Ahmad Dawjee telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasaan agama.

Oleh itu, permohonan bantuan pendidikan wakaf ini boleh dipohon mulai 27 Julai 2022 sehingga 4 Julai 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sekolah rendah: RM300
  • Sekolah menengah: RM400
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1000

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh Pusat Wakaf MAIWP untuk permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih Wilayah Persekutuan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00.
  4. Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak/agensi.
  5. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan untuk permohonan adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1gLwXOf-bSrQg0I0uwUEefGHqWzvqBgpD/view.
  2. Lengkapkan borang permohonan dengan betul.
  3. Hantar borang permohonan tersebut melalui emel [email protected] atau ke alamat:

    Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd.
    Aras 26, Menara Imarah Wakaf (HQ Bank Islam),
    No. 22, Jalan Perak,
    50450 Kuala Lumpur.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, sila layari laman web https://wakafwilayah.org/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: