Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023

Yayasan Johor Corporation (JCorp) telah membuka permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan Johor Corporation bagi tahun 2023 khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk pengetahuan, Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp adalah bantuan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma yang layak dan memenuhi kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Bantuan pendidikan ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.

Justeru itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 31 Mei 2023.

Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023

Syarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan melalui borang digital.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  4. Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
  5. Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
  6. Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  7. Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  8. Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023

Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Borang kemasukan ke IPT.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan slip gaji bapa atau penjaga.
  4. Salinan Slip gaji ibu.

Semua dokumen tersebut perlu dimuat naik menggunakan format pdf/jpg/jpeg sahaja dan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: