Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2022, sukacita dimaklumkan Yayasan Johor Corporation telah membuka permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation.

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation adalah bantuan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma yang layak dan memenuhi kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil , Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Untuk makluman, bantuan pendidikan ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 28 Julai 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan melalui borang digital.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  4. Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
  5. Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
  6. Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  7. Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  8. Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  2. Klik butang “Daftar Sekarang.”
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik doumen lampiran permohonan.
  5. Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.

Lampiran Permohonan

Lampiran permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Borang kemasukan ke IPT.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.

Dokumen tersebut perlu perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: