Bantuan Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Y.P MAIDAM 2023

Pelajar anak Terengganu yang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara kini boleh memohon Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Objektif utama pelaksanaan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan yayasan ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

Asnaf Layak Memohon

Asnaf yang layak memohon adalah Fisabilillah dan Miskin sahaja.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

PeringkatTempoh Layak MemohonKadar Bantuan
Sijil2 tahunRM 600.00
Diploma3 tahunRM 800.00
Ijazah Sarjana Muda– 4 tahun (selain pengajian perubatan)
– 5-6 tahun (pengajian perubatan)
RM 1000.00
Sarjana3 tahunRM 1500.00
PhD5 tahunRM 2000.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.
  4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian:

i) Diploma & Ijazah Sarjana Muda

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Para pelajar di bawah kategori asnaf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).
  3. Para pelajar di bawah kategori asnaf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.

ii) Sijil, Sarjana, PhD

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori asnaf miskin sahaja.
  3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya bantuan lain.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu http://yp.maidam.gov.my/iptonline.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Perngguna.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik sebelum membuat penghantaran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
    dalam tanggungan.
  3. Salinan sijil SPM/STPM/sijil berhenti sekolah.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/
    penjaga (penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).
  5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
    Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  6. Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
  7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  8. Slip permohonan.

Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/Pengerusi Masjid/JPKK/Penghulu/Yang Berhormat (YB) di kawasan pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara ini, sila layari laman web http://yp.maidam.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: