Bantuan Pengajian Tinggi PIJ 2022: Kadar Bantuan One-Off Sehingga RM1,000

Anak-anak Negeri Johor yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi Perbdanan Islam Johor (PIJ).

PIJ ialah perbadanan ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor dan memulakan operasi pada 1 Januari 1977 yang mana peranan utamanya adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada aktiviti-aktiviti yang beragendakan Islam termasuklah pendidikan.

Oleh itu, PIJ memperkenalkan bantuan ini bagi membantu pelajar khususnya mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka di IPT.

Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dibuka mulai 5 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Johor yang berminat adalah seperti berikut:

  • Ijazah: RM1,000.00
  • Diploma: RM700.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk mereka yang ingin membuat permohonan bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam.
  2. Pemohon lahir Johor atau menetap di Negeri Johor.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA.
  4. Pendapatan isi rumah keluarga/pemohon tidak melebihi RM4,850 sebulan dan RM4,850 sehingga RM5,880 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  5. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 1 (kemasukan semester pertama) tahun semasa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian di IPTA sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan pengajian ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan iaitu https://www.pij.gov.my/pijwebv2/wp-content/uploads/2022/09/Borang-Bantuan-IPTA.pdf.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Perbadanan Islam Johor,
(Bahagian Pembangunan Insan),
T3.1 Bangunan PIJ No 26C,
Jalan Rebana,
80250 Kebun Teh,
Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon, salinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon ibu bapa/penjaga pemohon.
  2. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT dan kos yuran pendaftaran.
  3. Salinan Slip Gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan ibu/bapa/penjaga pemohon.
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  5. Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).
  6. Salinan penyata akaun bank atas nama pemohon.
  7. Salinan rasit bayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).
  8. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Kesemua dokumen ini perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Penghulu/Ketua Kampung.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan pengajian ini, sila hubungi pihak PIJ di talian 07-336 9200.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: