Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Pelajar anak-anak Negeri Johor yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan bantuan pengajian boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi Perbdanan Islam Johor (PIJ).

Untuk makluman, PIJ ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor dan memulakan operasi pada 1 Januari 1977.

Peranan utama PIJ adalah menyalurkan bantuan kewangan kepada aktiviti-aktiviti yang beragendakan Islam termasuklah pendidikan.

Oleh itu, PIJ memperkenalkan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ bagi membantu pelajar khususnya mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka di IPT.

Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 30 September 2021.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat untuk memohon bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Ijazah: RM1,000.00
  • Diploma: RM700.00

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan Pengajian IPT PIJ perlu menepati syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan Bangsa Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran menyambung pengajian di IPT tempatan.
  4. Pendapatan isi rumah keluarga/pemohon tidak melebihi RM4,000 (termasuk ketua keluarga).
  5. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar semester pertama sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan pengajian ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan iaitu https://www.pij.gov.my/pijwebv2/wp-content/uploads/2021/08/bantuan-pelajaran.pdf.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Perbadanan Islam Johor,
(Bahagian Pembangunan Insan),
T3.1 Bangunan PIJ No 26C,
Jalan Rebana,
80250 Kebun Teh,
Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Surat Beranak pemohon.
  3. Salinan Kad Pengenalan bapa pemohon.
  4. Salinan Kad Pengenalan ibu pemohon.
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT dan kos yuran pendaftaran.
  6. Slip gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa pemohon.
  7. Salinan akaun bank.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan pengajian ini, sila hubungi pihak PIJ di talian 07-336 9200.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: