Permohonan Bantuan Persekolahan MAIDAM 2025

Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan bagi Bantuan Persekolahan MAIDAM 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Persekolahan MAIDAM

Bantuan persekolahan ini diwujudkan oleh MAIDAM bagi membantu keluarga daripada asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Terengganu.

Ini bagi meringankan beban keluarga daripada asnaf Fakir dan Miskin untuk melakukan persiapan bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Pemberian bantuan ini diharap dapat memastikan anak-anak daripada keluarga Fakir dan Miskin tidak ketinggalan dari aspek pendidikan.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan bantuan persekolahan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar dan ibu bapa / penjaga adalah:
    – Rakyat negeri terengganu yang menetap di negeri terengganu sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
    – Pemastautin tetap di negeri terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  2. Beragama islam dan berakal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan.
  4. Pelajar di bangku sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah yang berumur tidak kurang dari 7 tahun ke atas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ypmaidam.my/.
  2. Klik pada “Bantuan Persekolahan.”
  3. Klik “Daftar Pengguna.”
  4. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap.
  5. Log masuk dengan memasukkan no mykad dan kata laluan.
  6. Isi maklumat permohonan dan muat naik dokumen.
  7. Hantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini (ibu) (jika guna akuanpendapatan wajib cop pengesahan JPKK)
  2. salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini (bapa/penjaga) (jika gunaakuan pendapatan wajib cop pengesahan JPKK).
  3. Slip pengesahan permohonan bantuan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Persekolahan MAIDAM, sila layari laman web https://ypmaidam.my/.

Baca juga: ePangkat 2025: Kenaikan Pangkat Time-Based DG10-DG14 KPM 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: