bantuan-persekolahan-tahun-2022

Permohonan Bantuan Persekolahan Tahun 2022 Zakat Perak-MAIPk

Ibu bapa keluarga asnaf yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada tahun 2022, pihak Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi Bantuan Persekolahan Tahun 2022.

Pemberian Bantuan Persekolahan Tahun 2022 ini dilaksanakan bagi membantu anak-anak asnaf yang akan memasuki atau meneruskan persekolahan sama ada di sekolah rendah atau menengah di Negeri Perak.

Bagi mereka yang layak, bantuan persekolahan ini akan terus diberikan kepada pihak sekolah yang akan disalurkan kepada murid yang layak.

Pihak Zakat Perak-MAIPk membuka permohonan ini sehingga 28 Februari 2022 sahaja melalui borang permohonan yang telah disediakan di pejabat pentadbiran MAIPk daerah.

Jenis Permohonan

Terdapat 3 jenis murid yang perlu membuat permohonan bantuan persekolahan ini iaitu:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022.
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022.
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah.

Namun, bagi murid yang telah menerima Bantuan Persekolahan 2021, mereka tidak perlu lagi memohon.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Murid tersebut mestilah beragama Islam.
  2. Murid tersebut merupakan warganegara Malaysia/penduduk tetap.
  3. Murid tersebut mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah kkeluarga murid tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

Kaedah Permohonan

Bagi kaedah permohonan, pemohon boleh dapatkan borang permohonan bantuan persekolahan ini di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk daerah di seluruh Negeri Perak.

Pemohon boleh merujuk pejabat pentadbiran MAIPk daerah di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Persekolahan Tahun 2022, sila hubungi Zakat Perak-MAIPk di talian 05-208 4000.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top