Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Veteran ATM 2023
Keluarga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai anak yang masih bersekolah termasuklah di Kolej Vokasional Kebangsaan dialu-alukan memohon Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan.
Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan diwujudkan bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat sekolah rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
Permohonan bagi skim bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan.
Veteran ATM
Untuk makluman, skim bantuan ini hanya dikhususkan kepada anak-anak veteran ATM sahaja.
Veteran ATM yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Bekas anggota tetap ATM.
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak.
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (tanpa mengira tempoh khidmat).
- Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan ialah 45 tahun dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negatif melebihi RM300.00 kecuali hilang upaya/uzur.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditetapkan menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Sekolah rendah: RM500 setahun
- Sekolah menengah dan kolej vokasional kebangsaan: RM700 setahun
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Veteran ATM- Pemilik Kad ATM.
- Berpendapatan isi rumah di bawah PGK.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan (tidak ditetapkan had umur). Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
- Anak yatim piatu veteran ATM berumur 18 tahun ke bawah dan di bawah 23 tahun jika masih belajar.
- Penjaga (bagi anak yatim veteran ATM yang masih kecil atau penerima bantuan yang daif dari segi mental dan fizikal.
- Hanya 1 permohonan sahaja dipertimbangkan.
Cara Memohon Bantuan Persekolahan Veteran ATM
Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu https://www.jhev.gov.my/keluarga-dan-orang-tanggungan/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=31&catid=14&fbclid=IwAR0y0ZOYd57mSYb2-DbUQPuffLr1odIb7FO2HTdM8tNfGrH-oGPe2wIXxdA.
- Klik butang ‘Muat Turun.’ dan muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.
Semua permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Buku perkhidmatan.
- Sijil kematian veteran/pasangan.
- Kad veteran.
- MyKad veteran/pasangan/anak.
- Sijil lahir/Sijil anak angkat.
- Sijil nikah.
- Buku akaun bank.
- Maklumat pendapatan veteran/pasangan.
- Akaun pemohon.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan, sila layari https://www.jhev.gov.my/ atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.