Bantuan Program Fuqaha’: Penajaan Pengajian Timur Tengah Y.P. MAIDAM

Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Y.P. MAIDAM) telah menawarkan bantuan penajaan kepada anak Terengganu yang ingin melanjutkan pengajian di Timur Tengah menerusi Bantuan Program Fuqaha.’

Bantuan Program Fuqaha’ diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah.

Selain itu, bantuan ini juga diperkenalkan untuk melahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang agama.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 7 hari selepas keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Universiti & Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah selama 4 tahun di universiti-universiti berikut:

  • Universiti Yarmouk
  • Universiti Al-alBayt
  • Universiti Mu’tah

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti

  1. Program ini dibuka kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.
  2. Mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di universiti-universiti yang ditetapkan.
  3. Memperolehi keputusan “A” dalam peperiksaan SPM terkini seperti berikut:
    – Bahasa Arab
    – Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
    – Pendidikan Syariah Islamiah
    – Bahasa Melayu
    – Matematik
    – Lain-lain subjek “A” atau “B” sahaja.
  4. Tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya yang lain.
  5. Perlu menyertai kursus persediaan melanjutkan pengajian ke luar Negara (jika perlu) untuk berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tajaan MAIDAM.
  6. Kuota pemilihan pelajar tidak melebihi 20 orang setahun yang akan dibuat melalui proses temuduga.
  7. Pembiayaan pengajian berstatus “Dermasiswa Bersyarat” dan disediakan tiket penerbangan pergi dan balik.
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
  9. Keutamaan diberikan kepada para pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak asnaf miskin.
  10. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.

Tatacara Permohonan

Pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut bagi memastikan permohonan dibuat dengan cara yang betul.

  1. Layari laman web http://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ terlebih dahulu dan buat permohonan dengan bagi mengikuti pengajian di timur tengah menerusi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
  2. Kemudian, layari laman web berikut https://ypmaidam.my/2022/06/08/bantuan-program-fuqaha/.
  3. Muat turun borang permohonan.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Sediakan dokumen yang disahkan.
  6. Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke alamat:

    Yayasan Pendidikan MAIDAM,
    Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
    Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu.

Dokumen Yang Disahkan

Senarai dokumen yang perlu disahkan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  2. Salinan terkini slip gaji ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
  3. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Salinan akaun bank pelajar yang jelas dan aktif (selain tabung haji dan ASB).
  5. Sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Keterangan Lanjut

Pemohon yang memerlukan keterangan lanjut mengenai Bantuan Program Fuqaha’ boleh menghubungi pihak Y.P. MAIDAM di talian 09-6223500/09-6225600.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: