Permohonan Bantuan Sara Diri & Kecemasan Fasa 2 2025

Berita baik buat anak-anak Perak yang sedang melanjutkan pengajian! Kerajaan Negeri Perak menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak telah membuka permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Bmahasiswa Negeri Perak Fasa 2 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Sara Diri & Kecemasan
2 bantuan ini merupakan bantuan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan ianya diteruskan untuk tahun 2025.
Bagi tahun 2025, peruntukan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa telah dinaikkan kepada RM4 juta, berbanding RM2 juta pada tahun lalu.
Ini dijangka memanfaatkan hampir 7,000 mahasiswa anak Perak yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Pemberian Bantuan Sara Diri ini sebagai usaha meringankan beban kewangan mahasiswa yang layak, khususnya anak jati negeri Perak yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Untuk Bantuan Kecemasan Mahasiswa, ianya sebagai sokongan kepada pelajar yang berdepan kesulitan mendesak seperti kemalangan, masalah kesihatan serius, kehilangan harta benda atau musibah tidak dijangka.
Inisiatif itu disalurkan melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan (EHEYNS).

Tarikh Permohonan
Permohonan bagi Bantuan Sara Diri dibuka mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos, manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa pula boleh dipohon sehingga 31 Oktober.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang ditawarkan bagi Bantuan Sara Diri adalah berbeza mengikut peringkat pengajian, iaitu RM500 bagi pelajar Diploma, RM700 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda, RM800 bagi pelajar Ijazah Sarjana, dan RM1,000 bagi pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Untuk Bantuan Kecemasan Mahasiswa, bantuan kepada pemohon yang layak adalah maksimum sehingga RM5,000, bergantung kepada keperluan kes dan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, bersama Yayasan Perak, Pejabat Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bantuan-bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Bantuan Sara Diri
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) - Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT
- Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan RM3,000 dan kebawah (gaji pokok).
- Mahasiswa memperolehi PNG 3.0 dan ke atas.
- Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).
ii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
– Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) - Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA (MASTER) dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis / Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)
- Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak dibuka sehingga 31 Oktober 2025 dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).
- Kadar bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi RM5,000 dan jumlah pemberian akan bergantung kepada kes-kes kecemasan.
Cara Memohon
Permohonan bagi inisiatif ini boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi www.eheyns.com.my.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi:
Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak,
Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05-2538600
Fax: 05-2545921
Exco: [email protected]/[email protected]/[email protected]
Baca juga: E-Prasekolah KPM: Semakan Permohonan & Rayuan 2026



