bantuan-sara-hidup-mahasiswa

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak N. Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah mewujudkan satu inisiatif kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan iaitu Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi membantu mahasiswa di universiti awam.

Bantuan ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.

Inisiatif ini adalah hasil buah fikiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun apabila beliau mendapat laporan terdapat segelintir mahasiswa tidak mempunyai wang belanja yang cukup sehingga ada daripada mereka yang terpaksa berlapar.

Oleh itu, mahasiswa yang memerlukan bantuan ini dialu-alukan memohon mulai 23 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
  2. Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
  3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
  4. Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
  5. Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
  6. Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
  7. Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  8. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan https://forms.gle/4zpteb72Ps8zNuGF8.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:

  1. Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
  2. Borang Akuan Pengesahan Pendapatan: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top