Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Y.P MAIDAM 2023

Bagi pelajar anak Terengganu yang telah tamat pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Yayasan Pelajaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini telah membuka permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT bagi mereka yang memerlukan.

Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar anak Negeri Terengganu yang telah berjaya menamatkan pengajian dan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar khususnya mereka yang melanjutkan pengajian di IPT dalam jarak perjalanan yang jauh daripada tempat tinggal mereka dan menggunakan pengangkutan terutamanya pengangkutan udara.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.

Kategori Asnaf

Untuk Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, kategori asnaf yang terlibat adalah asnaf Fisabilillah dan Miskin.

Syarat Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon bantuan tambang ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.
  4. Tahap pengajian yang akan dipertimbang hanya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  5. Bagi pelajar luar negara,mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan,mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  6. Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak dan tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
  7. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja
  8. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  9. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  10. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  11. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Kaedah Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan tambang ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://yp.maidam.gov.my/iptonline/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Perngguna.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Klik bahagian ‘Permohonan’ dan kemudian ‘Bantuan Awal.’
  6. Isi maklumat yang diperlukan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam sistem permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil ijazah asal/sementara (Syahadah Muaqqatah)
  2. Salinan surat pengesahan tamat belajar.
  3. Surat pengesahan tajaan/pinjaman pengajian semasa.
  4. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
    dalam tanggungan.
  5. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  6. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  7. Salinan asal tiket kapal terbang
  8. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  9. Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
  10. Slip permohonan.

Untuk slip permohonan, surat akuan pendapatan, dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/Pengerusi Masjid/JPKK/Penghulu/Yang Berhormat (YB).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di talian 09-622 3500.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: