Bantuan Umum Pelajaran Pelajar UKM Semester Pendek & LI

Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengumumkan permohonan Bantuan Umum Pelajaran telah dibuka bagi pelajar yang mengambil semester 3 iaitu semester Pendek dan Latihan Industri (LI).

Bantuan Umum Pelajaran adalah berbentuk bantuan sara hidup yang diberikan kepada pelajar yang layak dan memerlukan untuk mereka meneruskan pengajian di UKM.

Pelajar yang ingin membuat permohonan, permohonan bantuan ini boleh dibuat bermula pada 08 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 8 September 2022 (Khamis).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar ialah beragama Islam.
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa.
  3. Pelajar dalam status mendaftar.
  4. Merupakan pelajar Prasiswazah sahaja.
  5. Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (bagi permohonan LI sahaja).
  6. Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam semester 3 Sesi 2021/2022 (bagi permohonan LI sahaja)

Tatacara Permohonan

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Layari laman https://zakat.ukm.my/.
  2. Log masuk ke dalam sistem tersebut.
  3. Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.
  4. Pilih slot tarikh temu duga untuk permohonan bantuan ini.
  5. Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun tidak dapat pemakluman/panggilan, sila semak untuk semak di status permohonan 1 hari selepas tarikh temuduga. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak Zakat UKM.

Dokumen Wajib

Dokumen yang wajib untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Penyata Gaji/penyata Pencen terkini/pengesahan Pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga yang bekerja dan tidak bekerja.
  2. Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2021/2022.
  3. Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan dan pengesahan tidak menerima apa-apa elaun (permohonan LI sahaja).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Umum Pelajaran ini, sila hubungi:

Kaunter Zakat UKM Bangi,
Aras 1, Masjid UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8921 4225/5820
Emel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: