Bantuan Universiti Awam/Luar Negara Yayasan LTAT 2025

Permohonan Bantuan Universiti Awam & Universiti Luar Negara Tahun 2025 oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini dibuka kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat, yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ljazah Sarjana Muda Pertama Sepenuh Masa di Universiti Awam / Universiti Luar Negara bagi Tahun Pertama Sesi Akademik 2024 / 2025.

Berikut merupakan maklumat dan cara memohon untuk bantuan ini.

Mengenai Yayasan LTAT

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”).

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).

Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada anak-anak anggota ATM adalah melalui Bantuan Universiti Awam & Universiti Luar Negara.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 2 Februari 2025 sahaja.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  3. Terbuka kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat.
  4. Sedang melanjutkan pengajian peringkat ljazah Sarjana Muda Pertama Sepenuh Masa di Universiti Awam / Universiti Luar Negara bagi Tahun Pertama Sesi Akademik 2024 / 2025 yang diiktiraf oleh MQA tahun 2024 (Sumber: Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1dtUfe5ECxaq_YFLUldbS3QvvnFegjIkB?fbclid=IwY2xjawJUMpBleHRuA2FlbQIxMAABHbW8k3YDMgkThLYKmuAc77ecXn9CH7jugr1Tn6LWrpi5w7m21YnibQ536Q_aem_X_6DUY7kw8YD7nz6sF1xKw.

Isi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Pendidikan di Markas Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara yang beralamat di:

i) Darat
Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)
Tel: 03-40133409

ii) Laut
Markas Tentera Laut Cawangan Pembangunan
Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan)
Tel: 03-40160113

iii) Udara
Markas Tentera Udara Cawangan Perkhidmatan
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)
Tel: 03-40170066

Selain itu, permohonan yang telah lengkap juga boleh dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) yang beralamat di:

Tingkat 2, Pintu 02.02,
Cawangan Tadbir,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
(Untuk Perhatian: Cawangan Tadbir)
Tel: 03-40126559

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

i) Anak Warga ATM

  • 2x Salinan MyKad Pelajar
  • 2x Salinan MyTentera Ibu / Bapa / Penjaga (PILIH YANG BERKENAAN)
  • 2x Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti
  • 2x Salinan Kad Matrik Pelajar
  • 2x Salinan SSPN Prime (PTPTN) (JIKA ADA)
  • 2x Salinan PERBAH ll bagi Anak Angkat/Anak Tiri (JIKA BERKAITAN)
  • 2x Gambar pelajar berukuran passport (WAJIB)

ii) Anak Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan

  • 2x Salinan MyKad Pelajar
  • 2x Salinan MyKad Ibu / Bapa / Penjaga (PILIH YANG BERKENAAN)
  • 2x Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti
  • 2x Salinan Kad Matrik Pelajar
  • 2x Salinan SSPN Prime (PTPTN) (JIKA ADA)
  • 2x Salinan Pengesahan Penjagaan (JIKA BERKAITAN)
  • 2x Gambar pelajar berukuran passport (WAJIB)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :

  • JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM – 03 – 4013 2930 / 03 – 4013 2931 atau mana-mana Pejabat Pendidikan Markas Pangkalan/Formasi/Pasukan
  • BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – 03 – 4012 6559

Baca juga: Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat P. Pinang 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: