Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia B40 UM

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia telah menawarkan bantuan kepada pelajar Universiti Malaya (UM) B40 Bukan Beragama Islam Semester 1 Sesi 2022/2023 yang memerlukan menerusi Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia.

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia merupakan yayasan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 29 Oktober 2021.

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia ini berfungsi sebagai satu badan rasmi yang berupaya mengurus dan menyelaras hal ehwal kebajikan mahasiswa secara bersepadu khususnya dalam konteks penjanaan dan penyaluran dana bantuan kebajikan kepada mahasiswa.

Penubuhan yayasan ini adalah hasil cetusan daripada pertemuan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dengan kepimpinan tertinggi Negara pada 30 Jun 2020.

Terdapat tiga objektif penubuhan yayasan ini iaitu:

  • Untuk mewujudkan satu entiti khusus bagi pengurusan kebajikan dan penyaluran bantuan secara bersepadu.
  • Memperkasa peranan dan kebolehupayaan wakil MPPK.
  • Sebagai satu wahana bagi melaksanakan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa merentasi IPT.

Matlamat Penyaluran Bantuan

Permohonan bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar UM yang Bukan Beragama Islam dalam kalangan B40 untuk tujuan pendidikan mereka.

Adalah diharapkan bantuan ini mampu meringankan sedikit beban pelajar-pelajar ini untuk meneruskan pengajian mereka di universiti ini.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 2 November 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan ibu bapa kurang daripada RM2,000.00.
  2. Pelajar yang menerima biasiswa/bantuan pinjaman kurang daripada RM4,000.00 setiap semester.
  3. Adik-beradik yang masih belajar melebihi 3 orang.
  4. Ibu bapa meninggal dunia/bercerai/OKU.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan bantuan ini boleh dirujuk menerusi panduan di bawah:

  1. Isi borang permohonan di Google Form ini iaitu https://forms.gle/byziiP9Ub8KSHFJg8.
  2. Lengkapkan semua maklumat permohonan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/profile.php?id=100042219671385.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: