Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025.
Berikut adalah maklumat dan cara memohon bantuan ini.

Mengenai Tadika Tahfiz Negeri Pahang
Tadika Tahfiz Negeri Pahang merupakan institusi tadika tahfiz milik penuh Yayasan Pahang yang menawarkan pendidikan pra sekolah daripada umur 4 tahun hingga 6 tahun.
Tadika ini menawarkan kurikulum tahfiz dan membaca Al-Quran selain kemahiran asas lain seperti membaca, menulis, dan mengira.
Cawangan pertama tadika tahfiz ini ditubuhkan adalah pada Ogos 2017 iaitu di Pekan, Pahang dengan jumlah pelajar 45 orang, 9 kakitangan yang terdiri daripda seorang guru besar, seorang guru penolong kanan, 4 guru, 2 pembantu tadika dan seorang tukang masak.
Senarai tadika tahfiz ini di seluruh Pahang adalah seperti berikut:
- TTNP Pulau Serai, Pekan
- TTNP Tanjung Lumpur, Kuantan
- TTNP Indera Mahkota, Kuantan (Taman Shahzan)
- TTNP Temerloh Jaya, Temerloh (Taman Pinggiran Temerloh Damai)
- TTNP Taman Sentosa, Raub (Taman Amalina Saujana)
- TTNP Tempoyang, Kuala Lipis (Petron Tempoyang)
- TTNP Kota SAS, Kuantan (Presint 1)
- TTNP Bandar Kuantan (Seberang Petronas Darat Makbar)
- TTNP Balok
- TTNP Kerdau, Temerloh
- TTNP Jengka (Bandar Pusat Jengka)
- TTNP Jerantut (Bandar Jerantut)
- TTNP Indera Mahkota 14
- TTNP Jalan Gambang Batu 9
- TTNP Rompin
- TTNP Muadzam Shah
- TTNP Bera
- TTNP Seberang Temerloh
- TTNP Bentong
- TTNP Cameron Highlands
Nilai Bantuan
Nilai bantuan bagi bantuan ini adalah RM250 sebulan yang khusus diberikan kepada golongan B40.
Pelaksanaan pembayaran yuran dan lebihan tanggungan ibu bapa boleh dilihat menerusi jadual di bawah:
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk bantuan yuran ini adalah seperti berikut:
- Murid & ibu bapa / penjaga adalah warganegara Malaysia.
- Murid & ibu bapa / penjaga dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur.
- Murid & ibu bapa / penjaga bermastautin di negeri Pahang lebih daripada 10 tahun adalah layak untuk memohon.
- Berumur 4 tahun hingga 6 tahun bagi sesi persekolahan 2025.
- Terbuka kepada murid yang belajar di Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) sahaja.
- Pendapatan ibu bapa / penjaga tergolong dalam golongan B40 dan mempunyai pendapatan per kapita rendah akan diberi keutamaan.
- Murid telah membuat permohonan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMAP) TTNP.
- Tempoh bantuan hanya tertakluk kepada tempoh pengajian dari Januari sehingga Disember 2025.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://app.smap.my/scholar/ttnp.
Pastikan semua maklumat diisi dan dokumen yang diperlukan dimuat naik sebelum menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Gambar Pemohon (format JPEG/ PNG).
- Mykid dan Sijil Kelahiran atau surat akuan sumpah pemohon.
- Kad Pengenalan ibu/ bapa/ penjaga.
- Slip gaji ibu bapa/ penjaga atau surat pengesahan pendapatan daripada Penghulu Mukim bagi yang bekerja sendiri.
- Sijil Kematian ibu/ bapa (jika berkaitan).
- Sijil Penceraian (jika berkaitan).
- Ibu bapa/ penjaga OKU yang mempunyai sakit kronik/ JKM perlu lampirkan dokumen berkaitan.
- Salinan kelulusan penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025, sila hubungi Cik Nur di talian 017-300 7300.
Baca juga: Semakan Kemasukan Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman 2025