Permohonan Bantuan Yuran Pengajian IPT Pelajar India B40 Selangor

Berita baik untuk pelajar daripada kaum India di Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA/IPTS, mereka kini boleh memohon Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40.

Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40 adalah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pelajar komuniti India yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan mengajian di IPT.

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 24 Februari 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan yuran pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: maksimum sehingga RM5,000
  • Diploma: maksimum sehingga RM3,000

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berketurunan India sahaja.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    – Pemohon lahir di negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    – Ibu atau bapa lahir di negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    – Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor.
  3. Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
  4. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM 2,000 ke bawah sebulan

Kaedah Pemberian

Kaedah pemberian yang ditetapkan adalah one-off secara cek atas nama Bendahari IPTA/IPTS (hendaklah melampirkan salinan muka hadapan atau penyata bank IPTA/IPTS).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di bawah dan isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.

Pastikan borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan dihantar ke alamat berikut:

URUS SETIA PROGRAM BANTUAN YURAN PENGAJIAN,
Pejabat YB EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dokuman Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, ibu, bapa, atau penjaga dan isi rumah.
  2. Salinan sijil kelahiran pemohon dan pasangan, ibu, bapa, atau penjaga dan isi rumah.
  3. Salinan surat tawaran dan penerimaan tawaran daripada IPTA/IPTS.
  4. Salinan surat pengesahan pemohon sedang dalam tempoh pengajian di IPTA/IPTS.
  5. Salinan surat pengesahan jumlah Kos (RM) keseluruhan pengajian dan baki atau tunggakan yuran semester.
  6. Salinan penyata akaun bank IPTA/IPTS.
  7. Salinan sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain berkaitan.
  8. Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan).
  9. Surat pengesahan pemastautin Negeri Selangor (melebihi 15 tahun)*

Pertanyaan Lanjut

Sebrang pertanyaan mengenai Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40, sila hubungi talian 03-5544 7307 atau 03-5544 7305.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: