Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Semester 2 UNITEN 22/23

Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang layak berpeluang untuk mendapat Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas yang disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).

Bantuan Zakat Pelajar ini adalah bantuan zakat yang diberikan kepada pelajar Muslim yang memerlukan di universiti terbabit.

Pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini boleh membuat permohonan bermula 4 Januari 2023 sehingga 17 Februari 2023.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

Selain itu, pelajar yang mengalami finance blocking bagi masalah-masalah tertentu boleh membuat permohonan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Muslim.
  3. Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa.
  4. Tiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah.
  5. Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).
  6. Melengkapkan proses permohonan.
  7. Hadir temu duga yang ditetapkan.

Tatacara Permohonan

Permohonan bantuan zakat ini boleh dilakukan menerusi tatacara berikut:

  1. Klik pada pautan laman web TAZU iaitu https://amanahuniten.my/.
  2. Pergi ke bahagian “Khidmat Online” dan klik “Daftar Akaun.”
  3. Ini maklumat akaun dan klik butang “Daftar.”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan seterusnya dan buat permohonan sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN ini, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: