Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 2022/2023

Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semseter 2 Sesi 2023/2023 yang telah disediakan.

Bantuan Zakat Pelajar UTHM ini disediakan bagi membantu pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka di universiti tersebut.

Permohonan bantuan zakat ini dibuka sehingga 31 Mei 2023.

Kategori Bantuan

Terdapat 2 jenis kategori bantuan zakat yang ditawarkan iaitu:

  • Bantuan Sara Diri
  • Bantuan Yuran Pengajian

Syarat Permohonan Zakat Pelajar UTHM

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan zakat ini ialah:

i) Bantuan Sara Diri

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia/pemastautin tetap.
  3. Mod pengajian sepenuh masa.
  4. Terbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD.
  5. Kategori B40.
  6. Pelajar aktif berdaftar.
  7. Tapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti.

ii) Bantuan Yuran Pengajian

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia/pemastautin tetap.
  3. Mod pengajian sepenuh masa.
  4. Terbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana.
  5. Kategori B40.
  6. Tajaan disekat/tajaan tamat tempoh (lanjutan semester)/gagal mendapatkan tajaan.
  7. Tapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti.

Cara Memohon Zakat Pelajar UTHM

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/8sxy8EjzV3e7yw6M7.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  5. Cetak borang permohonan tersebut.
  6. Bawa borang permohonan beserta dokumen sokongan ke sesi temu bual yang diadakan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dibawa ketika sesi temu bual adalah seperti berikut:

i) Dokumen Wajib

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Kad Matrik. Sekiranya tiada Kad Matrik, pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran
  3. Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (Wajib).
  4. Salinan keputusan peperiksaan semester terkini.
  5. Salinan penyata kewangan pelajar/SMAP.
  6. Lain-lain bukti yang menyokong permohonan.

ii) Dokumen Tambahan (jika ada)

  1. Salinan Laporan Kesihatan/Kad OKU (Jika Berkenaan)
  2. Salinan Sijil Perakuan Perceraian ibubapa (Jika Berkenaan)
  3. Salinan Sijil Kematian Ibubapa/Penjaga (Jika Berkenaan)

Maklumat Lanjut Zakat Pelajar UTHM

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar UTHM, sila layari Facebook Zakat UTHM iaitu https://www.facebook.com/zakatuthm/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: