Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ: Diploma RM500 & Ijazah RM1,000

Anak-anak Negeri Johor yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester pertama.

Di Negeri Johor, MAIJ merupakan institusi majlis agama Islam yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf.

Salah satu bantuan yang ditawarkan ialah Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ untuk membantu anak-anak Negeri Johor yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagi pemohon yang berminat untuk memohon skim bantuan zakat ini, permohonan secara atas talian telah dibuka bermula 1 September hingga 30 September 2020.

Kadar Bantuan

Pemohon yang layak menerima skim bantuan zakat ini akan menerima kadar bantuan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Peringkat Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

Syarat Permohonan

Terdapat beberadapa syarat kelayakan yang mesti dipenuhi pemohon sebelum membuat permohonan iaitu:

  1. Pemohon tersebut mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor serta menetap di dalam Negeri Johor.
  2. Telah bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  3. Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  4. Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
  5. Permohonan skim bantuan zakat ini hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan skim bantuan zakat ini melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Isi no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak No. Kad Pengenalan.’
  4. Jika nombor kad pengenalan telah didaftarkan, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik bahagian ‘Klik Di Sini’ bagi kemas kini kata laluan.
  5. Jika data pemohon tiada dalam sistem, maklumat peribadi pemohon perlu dilengkapkan.
  6. Setelah maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik ‘Setuju’ dan ‘Simpan.’
  7. Log masuk ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  8. Klik pada bahagian ‘Bantuan IPT Dalam Negeri.’
  9. Isi dan lengkapkan butiran berikut:
    – Maklumat pemohon.
    – Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    – Maklumat pengajian.
  10. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Klik butang ‘Hantar’ dan klik ‘Cetak Slip’ sebagai rujukan permohonan.

Dokumen Sokongan

Beberapa dokumen sokongan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. Salinan surat tawaran IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  7. Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  8. Dokumen yuran pendaftaran.
  9. Gambar berukuran passport.

Pertanyaan Lanjut

Bagi pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: