Permohonan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara MAIDAM
Anak-anak Negeri Terengganu yang akan dan sedang menyambung pengajian IPTA/IPTS dalam dan luar negara kini boleh memohon Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara dibawah Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan MAIDAM kerana yayasan ini mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah MAIDAM.
Peranan ini adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara bagi membantu anak-anak di Negeri Terengganu yang akan dan sedang melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau luar negara.
Permohonan bantuan zakat pengajian ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.
Syarat Umum
Pemohon yang ingin memohon bantuan zakat pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat umum permohonan iaitu:
- Pemohon merupakan asnaf Fisabililllah dan Miskin.
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Pemohon beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
- Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau swasta.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus permohonan iaitu:
i) IPT Dalam Negara
- Pelajar peringkat Diploma dan Ijazah bagi:
– Sinf Fisabilillah- Memperolehi Grade Point Average (GPA) 3.00 bagi keputusan semester pertama pengajian (sesi 2020/2021).
– Sinf Miskin- Tidak mengambil kira Purata Gred Nilai (PNG) atau GPA. - Pelajar peringkat pengajian Sijil, Master dan PHD dalam negara, bantuan diberikan kepada pelajar dibawah sinf miskin sahaja yang tidak mempunyai pembiayaan dan sumber pendapatan.
ii) IPT Luar Negara
- Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Mempunyai Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/.
- Klik butang ‘Permohonan Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.’
- Klik butang ‘Borang Permohonan.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Masuk.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Hantar Permohonan.’
- Cetak borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM atau Pejabat MAIDAM Daerah bersama dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut iaitu:
- Surat tawaran belajar.
- Peringkat pengajian Diploma dan Ijazah mesti mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar.
- Peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD mesti mengemukakan Surat Pengesahan Akuan daripada Hal Ehwal Pelajar yang mengesahkan tiada penajaan pinjaman atau elaun.
- Pengajian Luar Negara perlu mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia/mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh MAIDAM tentang status terkini pengajian pembiayaan pelajar.
- Salinan keputusan peperiksaan semester 1 tahun semasa pengajian (sesi 2020/2021).
- Salinan sijil SPM/berhenti sekolah.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga serta adik-beradik bawah tanggungan.
- Salinan akaun bank pemohon yang jelas dan aktif sahaja (akaun bank tersebut hendaklah tertera nama pemilik akaun dan nombor yang jelas).
- Salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (penyata pencen/kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).
- Peringkat Master dan PhD mesti mengemukakan slip gaji/akuan pendapatan pemohon yang terkini.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Terengganu yang telah bermastutin di negeri ini tidak kurang 3 tahun berturut-turut.
- Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara ini, sila hubungi pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM di talian 09-622 3500 atau 09-622 5600.