Permohonan Bantuan Zakat UTM Johor

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.

Bantuan ini disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dan tergolong dalam golongan Fakir Miskin.

Bagi pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini, permohonan bantuan dibuka mulai 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Jenis Zakat

Bantuan zakat ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • Bantuan Zakat Yuran Pengajian: Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.
  • Bantuan Zakat Sara Diri: Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti:

  1. Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
  2. Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.
  3. Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.
  4. Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).
  5. Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).
  6. Sekali permohonan sahaja dalam satu semester.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut.

i) Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM

Untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di http://www.my.utm.my.

ii) Pelajar UTMSPACE

Pelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan dengan mengisi google form di pautan berikut https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat UTM Johor, sila hubungi 019-6861361 (Admin Zakat UTMJB) atau 013-277 7214 (En. Rashid, UTMSPACE).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *