BAP 2022/2023: Bantuan Awal Persekolahan RM150 One-Off

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 sebanyak RM150 secara one-off kepada keluarga murid yang tergolongan dalam keluarga berpendapatan rendah atau B40.

Langkah kerajaan menerusikan inisiatif ini adalah untuk meringkankan beban keluarga berpendapatan rendah ini bagi persiapan sesi persekolahan untuk tahun 2022.

Pelaksanaan inisiatif ini diberikan kepada murid-murid daripada sekolah rendah dan menengah iaitu daripada tahun 1 hingga tingkatan 5 yang layak.  

Pelaksanaan bantuan ini dijangka memberikan manfaat kepada 3 juta penerima yang layak menerima bantuan ini.

Pelaksanaan Bantuan

Pelaksanaan pemberian bantuan ini akan dijalankan mulai 17 Januari 2022 bagi murid tahun 2 sehingga tingkatan 5.

Untuk murid tahun 1, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan sehingga proses pendaftaran selesai dijalankan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang bakal diperoleh bagi pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 secara one-off.

Syarat Kelayakan

Murid yang bakal memperoleh bantuan ini perlu menepati syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Murid tersebut merupakan warganegara Malaysia.
  2. Murid tersebut mestilah berada di tahun 1 hingga tingkatan 5.
  3. Keluarga murid adalah dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar  sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  4. Pendapatan kasar tersebut bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja dan elaun lebih masa serta elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.
  5. Murid tersebut mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.

Cara Memohon

Bagi permohonan bantuan ini, pihak sekolah akan mengenal pasti murid yang layak untuk menerima bantuan ini.

Ibu bapa bagi murid yang layak perlu memuat turun Borang BAP dan mengisi borang tersebut dengan lengkap.

Ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan yang disediakan.

Penyaluran Bantuan

Bantuan ini akan disalurkan secara tunai atau dikreditkan melalui akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BAP, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap?fbclid=IwAR2sQJoaFhBMb4M9RnxAxdn8_dWySRFOhIlcJgkef00xrjo1914L_73A35c.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: