Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat UNIMAP RM1,000

Yayasan Bank Rakyat menawarkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) untuk pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang memerlukan.

Tujuan utama pemberian BAP ini mengurangkan bebanan kewangan pelajar dari keluarga berpendapatan B40 terutamanya yang telah terjejas akibat penularan COVID-19.

Pemberian bantuan ini diharap dapat membantu pelajar daripada golongan B40 dan menaikkan semangat mereka untuk terus berjaya dalam pengajian.

Pelajar yang berminat, boleh membuat permohonan secara online menerusi borang permohonan yang disediakan.

Permohonan boleh dibuat mulai 29 September hingga 05 Oktober 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalam RM1,000 seorang.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang berstatus aktif pengajian sahaja.
  2. Pelajar yang berada di semester 1, 2 dan 3 (kemasukan pada tahun 2021 dan 2022 ).
  3. Bantuan diutamakan kepada pelajar anak yatim piatu/yatim dan keluarga yang berpendapatan RM3000 dan terjejas akibat COVID-19.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan pendaftaran berikut https://forms.gle/xZyJeRbWz3Ggdady7.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu melampirkan kad matrik visual/surat tawaran pengajian/butiran pelajar di sistem OSI.
  2. Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan Penjaga dan Pasangan Penjaga yang terkini.
  3. Surat pengesahan pendapatan perlu disahkan dari JKK/Penghulu/Pengerusi Kawasan atau sejawatan dengannya (tiada slip gaji).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai BAP Yayasan Bank Rakyat ini, sila hubungi talian 04-9414430/4431.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: