Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025

Berita baik kepada guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penebusan Baucar Buku Guru MADANI boleh dibuat mulai 1 Julai 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai baucar ini.
Mengenai Baucar Buku Guru MADANI
Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 pada 1 Jun lalu.
Pemberian baucar ini sebahagian daripada usaha kerajaan sebelum ini yang sebelum ini memfokuskan kepada pelajar sekolah dan universiti dan ia diperluaskan khusus untuk para guru.
Pemberian baucar buku ini akan melibatkan lebih 430,000 guru di bawah KPM di seluruh negara sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka sebagai guru.
Ia juga merupakan hadiah ilmu untuk golongan pendidik yang bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Tarikh Penebusan
Tarikh penebusan adalah pada 1 Julai 2025 sehingga 30 September 2025.
Nilai Baucar
Semua guru layak menerima Baucar Buku ini bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian.
Cara Penebusan Baucar Buku Guru Madani
Untuk penebusan baucar buku ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025. Penebusan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2025, jam 12.00 tengah hari.
- Daftar menggunakan DELIMa ID di Portal Book Capital. Baucar RM100 akan dikreditkan secara automatik bagi guru yang layak.
- Guru yang layak adalah mereka yang masih berkhidmat di Kementerian Pendidikan pada tempoh Julai hingga 31 Disember 2025. Bagi guru yang layak tetapi tidak mempunyai ID DELIMa, sila laporkan perkara ini kepada HELPDESK DELIMa di alamat emel [email protected].
- Pilih sekurang-kurangnya 1 judul daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru”. Baucar hanya sah untuk 1 transaksi sahaja. Jika jumlah pembelian melebihi RM100, guru boleh membuat bayaran tambahan secara atas talian.
- Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
Cara Pembelian Buku
Untuk pembelian buku, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- PPP wajib memilih sekurang-kurangnya satu judul dari “Judul Khas Baucar Buku Guru”. Setelah itu, PPP boleh memilih buku daripada kategori lain di portal Book Capital.
- Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja dan mesti dihabiskan dalam satu transaksi.
- Sekiranya jumlah pembelian melebihi nilai baucar, bayaran tambahan boleh dibuat melalui perbankan dalam talian.
Bantuan & Pertanyaan
Untuk bantuan dan pertanyaan, sila gunakan Sistem Tiket Sokongan melalui akaun Book Capital:
- Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login
- Klik ‘Dashboard’ > ‘Help’ > ‘Open Ticket’
- Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025.
- Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.