Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT

Bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) boleh membuat penebusan Baucar Buku RM100 mulai 31 Mei 2024, selepas jam 2.00 petang.

Berikut adalah info dan cara penebusan baucar ini.

Mengenai Baucar Buku RM100

Pelaksanaan baucar buku ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2024 ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menurut KPM, pengumuman tersebut mencerminkan keperihatinan beliau terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

la juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan murid/pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat.

Tarikh Penebusan

Tarikh penebusan baucar ini boleh dibuat bermula 31 Mei 2024 jam 2.00 petang.

Penerima Baucar

Penerima baucar ini terdiri daripada:

  • Murid tahun empat dan ke atas
  • Pelajar sekolah menengah
  • Penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
  • Penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG)

Cara Penebusan Murid Sekolah

Penebusan baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.

Penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

Cara Penebusan Pelajar IPT

Pemberian baucar buku RM100 kepada golongan pelajar di IPT akan diberikan secara berperingkat bagi memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penerima.

Perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Baucar Buku RM100, sila layari laman web:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: