Cara Buat Bayaran Pinjaman PTPTN Melalui Potongan Gaji

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membuat permohonan pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.

Pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh peminjam tanpa perlu pergi ke mana-mana pejabat agensi ini untuk menjelaskan pinjaman.

Langkah ini juga memudahkan peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa terlepas membuat pembayaran pada setiap bulan.

Malah, peminjam kini boleh menikmati diskaun yang disediakan oleh kerajaan jika membuat pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji.

Mengenai PTPTN

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi agensi ini adalah untuk:

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.
  • Mengutip bayaran balik pinjaman
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada agensi ini oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan bayaran balik pinjaman ini melalui potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.

2. Masukkan no kad pengenalan untuk membuat carian.

3. Klik mohon pada status permohonan.

4. Pilih nama majikan menerusi senarai yang diberikan.

5. Kemaskini maklumat pemohon beserta maklumat majikan.

6. Buat semakan dan hantar permohonan.

7. Cetak permohonan potongan gaji yang telah dibuat.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembayaran pinjaman melalui potongan gaji, sila hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000 atau melayari laman web https://www.ptptn.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: