Belanjawan 2025: Tema, Tarikh & Info Siaran Langsung
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025, iaitu belanjawan ketiga di bawah Kerajaan MADANI.
Sudah pastinya, ramai tertunggu-tunggu dengan pembentangan belanjawan ini khususnya mengenai insentif dan bantuan yang bakal diperoleh rakyat pada tahun hadapan.
Menariknya, pembentangan ini adalah pembentangan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum pelaksanaan baharu RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.
Mengenai Belanjawan 2025
Belanjawan Malaysia atau Bajet Malaysia merupakan perancangan kewangan negara yang dibentangkan setiap tahun oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Pembentangan tersebut tertumpu kepada perincian perbelanjaan kerajaan dan ramalan keadaan ekonomi untuk tahun yang akan datang dan dasar fiskal untuk tahun-tahun akan datang.
Belanjawan negara merupakan rancangan ekonomi tahunan yang akan memainkan peranan yang dinamis secara menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian pendapatan di dalam keadaan kewangan yang stabil.
Lazimnya, Belanjawan Malaysia biasanya dibentang pada suku akhir tahunan iaitu antara September hingga Disember, sebelum permulaan tahun fiskal.
Fokus utama belanjawan pada kali ini adalah menyasarkan untuk terus meningkatkan perkembangan positif dan memacu pembaharuan ke arah merealisasi hasrat Ekonomi MADANI.
Ini termasuklah meneruskan kesinambungan usaha merealisasikan Ekonomi MADANI iaitu
Perkara Penting Belanjawan 2025
Antara perkara penting menjelang belanjawan ini dibentangkan adalah seperti berikut:
Tema Belanjawan 2025
Belanjawan pada tahun hadapan akan bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.’
Tarikh Pembentangan
Tarikh pembentangan belanjawan ini adalah pada 18 OKTOBER 2024 yang akan berlangsung pada 4 petang.
Ini kemudiannya akan dibahas di peringkat dasar bermula 21 Oktober hingga 5 November sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.
Logo Belanjawan 2025
Logo untuk belanjawan ini adalah seperti di bawah:
Info Siaran Langsung
Siaran langsung pembentangan belanjawan ini boleh ditonton menerusi:
1- RTM
2- Astro AWANI
https://www.astroawani.com/video-terkini
3- YouTube Parlimen Malaysia
https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1
Baca juga: Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2025 (QS Ranking)