Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2024
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon anak yatim piatu yang kurang berkemampuan dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.
Mengenai Biasiswa Anak Yatim
Biasiswa Anak Yatim diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.
Oleh itu, anak yatim yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang layak adalah dialu-alukan memohon mulai 20 September 2024 sehingga 11 Oktober 2024.
Kadar Penajaan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang
Kadar penajaan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah RM7,000 setahun merangkumi yuran pengajian dan sara hidup.
Penajaan ini diberikan semasa diperingkat pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
– Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
– Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
– Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan kebawah. - Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2022 seperti berikut:
– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Minimum 5 kepujian
– Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Minimum CGPA 2.50
– Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Minimum Jayyid Jiddan - Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Cara Memohon
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.
- Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa.’
- Klik bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’
- Log masuk sistem tersebut.
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan.
Dokumen Sokongan
Antara dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan.
- Surat beranak.
- Slip gaji pemohon dan ibu bapa.
Adalah diingatkan, semua dokumen tersebut perlu dibuat palang dengan menulis “Untuk Kegunaan YP Sahaja” sebelum dimuatnaik agar tidak disalahgunakan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2024, sila hubungi:
Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(Puan Zakiah ([email protected])/Puan Noorasziana ([email protected])
Baca juga: Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Tahun 4 Sesi 2025