Biasiswa & Bantuan Kewangan 2024 Pelajar UA Yayasan Kuok

Pelajar Universiti Awam (UA) di Malaysia berpeluang untuk mendapat Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2022 menerusi Yayasan Kuok Berhad.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa dan bantuan kewangan ini.

Mengenai Yayasan Kuok Berhad

Yayasan Kuok Berhad merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1970 oleh Keluarga Kuok menerusi Akta Syarikat Malaysia 1965.

Yayasan ini adalah yayasan yang bukan berasaskan keuntungan dengan melaksanakan tanggungawab sosial untuk mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat di Malaysia.

Bagi mencapai hasrat ini, biasiswa dan bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu pelajar di UA yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.

Permohonan perlu dibuat sebelum 27 Mei 2024 dan tarikh tutup penerimaan dokumen adalah pada 18 Jun 2024.

Senarai Biasiswa & Bantuan Kewangan

Senarai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad kepada pelajar UA yang layak adalah seperti berikut:

BiasiswaJumlah
Biasiswa Kuok Keng KangRM15,000 setahun
Biasiswa Kuok Khoon HongRM15,000 setahun
Biasiswa WilmarRM15,000 setahun
Biasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing
(Hanya untuk Sains Pertanian dan kursus berkaitan di Universiti Putra Malaysia)
RM15,000 setahun
Dermasiswa-Pinjaman Yayasan KuokRM15,000 – untuk bidang Perubatan/Pergigian/Perubatan Veterinar
RM14,000 – Kos berasaskan Sains
RM13,000 – Kos berasaskan Sastera

Cara Memohon

Pelajar UA yang berminat boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.php.
  2. Klik butang ‘Apply’ dalam kategori ‘Malaysian Public University.’
  3. Klik bahagian ‘Register.’
  4. Lengkapkan maklumat dan klik butang ‘Register.’
  5. Login dengan memasukkan email dan kata laluan.
  6. Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.
  7. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  8. Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui kurier atau serahan tangan ke alamat berikut:

    KUOK FOUNDATION BERHAD,
    (Bantuan Kewangan untuk Siswa 2022),
    Letter Box No. 110,
    16th Floor UBN Tower,
    No. 10 Jalan P. Ramlee,
    50250 Kuala Lumpur.

Info Lanjut

Info mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2022 Yayasan Kuok Berhad boleh dirujuk menerusi laman web https://kuokfoundation.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: