Biasiswa Endowmen Pelajar B40 UNIMAS

Bahagian Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa pelajar di univseriti tersebut yang beragama Islam dalam kalangan B40 untuk memohon Biasiswa Endowmen.

Biasiswa ini diwujudkan khusus pelajar dalam kalangan B40 yang sedang melanjutkan pengajian di universiti tersebut dan tidak mempunyai mana-mana tajaan yang lain.

Untuk biasiswa ini, UNIMAS memperuntukkan kouta penerima seramai 200 pelajar setahun untuk membiayai bantuan pendidikan kepada pelajar daripada keluarga dalam kumpulan B40 yang layak.

Bgai permohon yang berminat, mereka boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan.

Bantuan Yang Ditawarkan

Biasiswa ini memperuntukkan bantuan-bantuan seperti berikut:

  • Yuran pengajian setiap semester
  • Wang saku setiap semester

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti di bawah:

  1. Pelajar Muslim Tahun 1 yang berasal daripada Sarawak, telah mendaftar dan berstatus aktif.
  2. Berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  3. Pelajar tiada tajaan lain.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan ini boleh diikuti menerusi panduan di bawah:

  1. Muat turun borang permohonan di laman web https://www.endowment.unimas.my/ atau dapatkan borang permohonan di fakulti masing-masing dan Bahagian Endowmen dan Wakaf.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Hantar borang permohonan ke fakulti atau Bahagian Endowmen dan Wakaf.
  4. Pelajar akan dihubungi untuk tindakan lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Endowmen ini, sila layari laman web https://www.endowment.unimas.my/ atau menghungi 082-581918/581018/582792.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: