Permohonan Biasiswa FGV 2024
Felda Global Ventures atau FGV telah membuka tawaran kepada pelajar yang berminat untuk memohon Biasiswa FGV 2024.
Berikut disertakan info dan maklumat mengenai biasiswa ini.
Mengenai FGV
FGV ialah sebuah syarikat perniagaan berasaskan pertanian yang berpangkalan di Malaysia dan salah satu pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia yang menyumbang 3% daripada pengeluaran MSM global dan 14% daripada pengeluaran MSM Malaysia.
Ia pada mulanya diperbadankan sebagai cabang komersial Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 2007 untuk menyelia pelaburan dalam perniagaan minyak sawit huluan dan hiliran serta perniagaan pertanian lain.
Operasi syarikat ini tertumpu terutamanya pada empat sektor perniagaan teras iaitu perniagaan perladangan, gula, pertanian bersepadu dan logistik & sokongan yang disokong oleh tenaga kerja lebih 51,000 orang.
Syarikat ini juga menyokong pembangunan pendidikan di Malaysia dengan menawarkan biasiswa ini bagi membantu pelajar-pelajar yang cemerlang menyambung pelajaran mereka.
Pembiayaan Biasiswa FGV
Pelajar yang layak bakal menerima pembiayaan biasiswa seperti berikut:
- Yuran pengajian
- Visa dan tiket kapal terbang
- Bantuan pengajian
- Elaun bulanan
- Pelindungan insurans dan perubatan
- Bantuan kos sara hidup
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Perakaunan & Kewangan
- Pertanian & Agronomi
- Pengurusan Perniagaan & Ekonomi
- Kejuruteraan & Automasi
- Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus
- Sains Makanan & Teknologi
- Hospitaliti
- IT
- Rantaian Bekalan Logistik
- Sains & Statistik
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke bawah
- Lepasan SPM bagi batch 2023
- Mendapat minimum 8A
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap melalui pelbagai jawatan kepimpinan
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan https://eform.fgvholdings.com/fgvscholarship/Account/SignIn.
Pemohon perlulah membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 Jun 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa FGV 2024, sila layari laman web https://www.fgvholdings.com/home/.
Baca juga: