Permohonan Biasiswa GAMUDA 2022

Yayasan GAMUDA telah membuka permohonan biasiswa kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Biasiswa GAMUDA 2022.

Untuk pengetahuan, Yayasan GAMUDA telah ditubuhkan pada 2016 untuk memberi tumpuan kepada bantuan pendidikan dan memperkasakan perusahaan sosial bagi penambahbaikan komuniti di dalam negara.

Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan adalah Biasiswa GAMUDA yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 31 Mac 2022.

Manfaat Biasiswa GAMUDA

Bagi pelajar yang layak menerima biasiswa ini, mereka akan menerima manfaat seperti berikut:

i) Bantuan kewangan

Pelajar akan diberikan bantuan kewangan, meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan (hanya untuk pelajar luar negara).

ii) Peluang Penempatan

Pelajar juga akan diberikan latihan amali dan penempatan kerja dalam Kumpulan Syarikat GAMDUA selepas mereka tamat pengajian.

iii) Scholars Engagement and Development Programme (SEDP)

Pelajar juga akan mempunyai sesi engagement dengan barisan kepimpinan GAMUDA untuk mempelajari pembangunan kepimpinan dan rangkaian serta kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam kerjaya profesional.

Kursus Pengajian

Biasiswa ini terbuka kepada lepasan pra-Universiti (STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf) dan pelajar yang menjalani ijazah sepenuh masa pertama yang melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang:

  • Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)
  • Sains Alam Sekitar dan Kelestarian/Hortikultur/Pengurusan Biodiversiti
  • Ukur Bahan/Ukur Bangunan/Pengurusan Pembinaan
  • Pengurusan Hartanah dan Hartanah
  • Kewangan/Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan/Pentadbiran Perniagaan
  • Seni bina
  • Psikologi/Pengurusan Sumber Manusia

Syarat Permohonan

Syarat permohonan biasiswa ini yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum 3A/PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth. A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).
  • Mahir dalam berbahasa Inggeris.
  • Mempunyai kualiti kepimpinan iaitu aktiviti ekstrakurikuler, sukan dan khidmat masyarakat.
  • Pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Pemohon sedang belajar sepenuh masa program ijazah pertama.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin.
  2. Di bahagian ‘New applicant registration,’ masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  3. Kemudian, log masuk dengan memasukkan emial dan kata laluan.
  4. Isi semua 9 bahagian yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan setelah semua perkara diisi dan dimuat naik.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  • Keputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnya.
  • Surat tawaran daripada universiti/universiti.
  • Transkrip akademik terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda).
  • Dokumentasi pendapatan terkini ibu bapa (cth. slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa GAMUDA 2022, sila layari laman web https://gamuda.com.my/gamuda-scholarship.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *