Permohonan Biasiswa Ibnu Khaldun

Bagi pelajar yang berasal dan bermastautin di Sarawak, salah satu biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dari negeri tersebut ialah Biasiswa Ibnu Khaldun.

Berikut diterangkan mengenai biasiswa ini kepada mereka yang berminat.

Mengenai Biasiswa Ibnu Khaldun

Biasiswa Ibnu Khaldun adalah biasiswa menawarkan peluang biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang agama dan profesional pada peringkat pasca ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan.

la sejajar dengan saranan awal penubuhan dana in iaitu untuk melahirkan generasi yang mampu menguasai pelbagai ilmu dalam aspek yang berlainan.

Biasiswa ini diuruskan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), iaitu institusi yang menguruskan zakat di Sarawak yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Undang-Undang Zakat 1966 atas usaha YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. 

Kekerapan Tawaran

Tawaran biasisawa ini dibuka 2 kali setahun bagi pemohon-pemohon yang berjaya mendapat tawaran pengajian di IPT tempatan atau luar negara.

Syarat Pengajian

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat pengajian berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang bermastautin di Sarawak.
  2. Pemohon hendaklah berusia tidak melebihi 45 tahun.
  3. Pemohon mestilah sudah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana pengajian melalui program akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Pemohon ditawarkan sekurang-kurangnya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui program akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  5. Pengajian yang ditawarkan mestilah bersilang daripada pengajian yang sudah diperolehi. Misalnya, bidang agama kepada bidang profesional dan begitulah juga sebaliknya.
  6. Pengajian hendaklah sepenuh masa.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Portal Baitulmal Kamek di pautan https://pelanggan.tbs.org.my.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai biasiswa Ibnu Khaldun, sila hubungi:

Tabung Baitulmal Sarawak
TBS Square, Blok A Lot 3655, Jalan Batu Kawa,
93250, Kuching,
Sarawak.

No tel: 082-682861/682683.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: