Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2025 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025

Biasiswa ISMP ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kesemua bakal guru yang mendapat prestasi cemerlang dalam pengajian di Universiti Awam (UA).

Program ISMP ini diwujudkan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru di bawah KPM berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM. 

Menerusi biasiswa ini, ia diharap dapat memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk meneruskan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang lebih berkepakaran.

Bidang Layak Dipohon

Bidang-bidang yang layak dipohon adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Sains
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab/Dini
  • Tahfiz/Ulul Albab
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Masalah Pembelajaran
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri

Syarat Pemohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada tahun permohonan;
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian di semester 2 dan 3 bagi 3 tahun pengajian dan semester 2 hingga 4 bagi 4 tahun pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang yang ditetapkan dan perlu mendapat sekurang- kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini;
  5. Penawaran biasiswa ISMP dibuka kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan dan juga kepada pelajar dari Fakulti lain sekiranya Ijazah Sarjana Muda yang diperoleh adalah dengan pendidikan;
  6. Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja;
  7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band bagi keputusan ujian Malaysia University English Test (MUET) atau minimum Band B2 bagi keputusan ujian merujuk kepada Common European Framework of Referencefor Languages (CEFR) seperti di Lampiran A dan mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan ke atas bagi keputusan semester terkini;
  8. Bagi calon Bidang Dini dan Bahasa Arab, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknik dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada);
  10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan mengikuti Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) serta sesi temu duga secara bersemuka dengan Panel Penilai;
  11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan atau pembiayaan pelajaran sedia ada; dan
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah tidak layak memohon.

Senarai Universiti

Senarai UA yang terlibat dalam biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat mulai 20 Mac 2025 (Khamis), pukul 5:00 petang sehingga 24 April 2025 (Khamis), pukul 5:00 petang melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-8321 7151/7113/7157/7136/7138/7159.

Baca juga: Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: