Biasiswa Karangkraf: Permohonan Peringkat ASASI, Diploma, & Ijazah

Kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih, pihak Karangkraf menawarkan Biasiswa Karangkraf bagi mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Biasiswa Karangkraf

Biasiswa Karangkraf adalah biasiswa yang diberikan kepada pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di IPTS yang terpilih.

Ianya merupakan satu inisiatif CSR yang dibentuk oleh Karangkraf bagi memastikan semua pelajar tidak terlepas peluang dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi walaupun berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Diwujudkan pada tahun 2004 untuk membantu pelajar SPM, STPM dan Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, biasiswa ini dimulakan dengan menawarkan biasiswa kepada kakitangan untuk meneruskan pendidikan di Universiti SEGI.

Menyedari keperluan dan permintaan untuk orang ramai mendapat pendidikan percuma dan berkualiti tinggi, program itu kemudiannya diperluaskan kepada IPTS yang lain.

Namun, biasiswa ini tidak ditawarkan kepada pelajar IPTA kerana pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA adalah golongan pelajar yang cemerlang dan mudah mendapat bantuan pelajaran mahupun penajaan dari pelbagai organisasi.

Objektif biasiswa adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang namun masih berpotensi untuk meneruskan pengajian di IPTS.

Pelajar IPTS Layak Memohon

Pelajar IPTS yang layak memohon adalah daripada:

  • Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC)
  • Universiti Selangor (UNISEL)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 25 tahun.
  2. Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8 kepujian bagi lepasan SPM atau CGPA 3.00 bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya.
  3. Bergiat aktif dalam aktiviti sukan & kokurikulum.
  4. Tidak terikat dengan sebarang pembiayaan atau pinjaman pelajaran.
  5. Telah menerima SURAT TAWARAN di IPTS yang terpilih.
  6. Pendapatan isi rumah tidak lebih RM 5,000 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkaf/.
  2. Klik butang “Apply Now.”
  3. Isi semua maklumat permohonan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan ke alamat:

    SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
    Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan
    Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama).
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran daripada cetakan laman web IPTS boleh diterima).
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan kemasukan lain. Contoh: STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Persaraan / Salinan Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Surat / Surat Pengesahan Menganggur Ibu, Bapa, Jaminan 1 dan 2.
  • Salinan kad pengenalan / Pasport ibu dan bapa.
  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport PENJAMIN 1 DAN 2.
  • Salinan sijil kematian / Akuan Berkanun jika ibu bapa telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Karangkraf, sila layari laman web https://karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkaf/.

Baca juga: Biasisiwa Melanjutkan PhD Luar Negara UM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: