Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor (YTC) UCYP 2022

Yayasan Tuanku Canselor UCYP telah membuka permohonan Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP (tajaan penuh) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani pengajian di University College of Yayasan Pahang (UCYP) pada sesi kemasukan 2022/2023.

Untuk makluman, Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP mensasarkan pelajar yang akan mengikuti pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di UCYP daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40.

Tempoh tajaan biasiswa adalah sepanjang tempoh pengajian dan permohonan boleh dibuat sebelum 6 September 2022.

Syarat Permohonan

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.
  4. Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonan
  5. Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  6. Kategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)
  7. PNGK 3.5 dan ke atas
  8. Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).

Syarat Kelayakan Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:

KelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat Kemasukan
Lepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah Pertama
Lepasan STAM (disamping mempunyai
SPM)
4 Mumtaz dan 5 Jayyid
Jiddan
Ijazah Pertama
Lepasan Matrikulasi di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia/
UIA/Politeknik/ Program Asasi
IPTA/lepasan Diploma dan lain – lain
setaraf denganya.
CGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama
Lepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti cara-cara yang ditunjukkan di bawah:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewform.
  2. Isi semua maklumat dengan lengkap.
  3. Klik butang submit untuk menghantar permohonan.
  4. Kemudian, muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQ.
  5. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,
    Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur,
    26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.
    (U/P): Pengarah

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).
  2. Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).
  3. Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).
  4. Salinan Sijil Berhenti sekolah.
  5. Salinan Sijil Keputusan SPM.
  6. Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.
  7. Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: