Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023
Individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Arab Saudi dan menerima biasiswa daripada kerajaan negara tersebut boleh membuat permohonan menerusi Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023.
Untuk makluman, Arab Saudi merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab yang dihuni oleh populasi kira-kira 27.6 juta orang.
Hasil utama ekonomi negara tersebut adalah menerusi minyak petroleum yang menyaksikan negara tersebut merupakan negara pengeluar minyak petroleum terbesar di dunia.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah Kerajaan Arab Saudi sudi untuk menaja biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke negara tersebut.
Bagi pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini, permohonan boleh dibuat sebelum 1 Januari 2023 iaitu pada hari Ahad.
Universiti Terkemuka Di Arab Saudi
Terdapat beberapa universiti terkemuka di negara tersebut yang boleh menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian antaranya:
- King Saud University
- Princess Nourah Bint Abdulrahman University
- Al Baha University
- Imam Abdulrahman Bin Faisal University (IAU)
Menariknya, universiti di negara tesebut mempunyai pelajar dari lebih 170 negara dari seluruh dunia yang mengambil pelbagai jurusan dan peringkat pengajian.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk menerima biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Ijazah Kedoktoran
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Sains Politik
- Undang-Undang
- Pengkhususan Pendidikan
- Pentadbiran Perniagaan
- Ekonomi, Kejuruteraan
- Sains Komputer
- Pertanian
- Syariah
- Pengajian Bahasa
Cara Memohon
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat seperti berikut:
- Layari laman web https://studyinsaudi.moe.gov.sa/.
- Klik butang ‘Apply to Study Now.’
- Klik butang ‘Login’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikut arahan seterusnya.
- Lengkapkan maklumat permohonan.
- Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 ini, sila layari laman web https://studyinsaudi.moe.gov.sa/.