Biasiswa KFC: Permohonan Pelajar Keluarga B40
Untuk pelajar daripada keluarga B40, KFC menawarkan Biasiswa KFC kepada mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat dan cara untuk memohon.
Mengenai Biasiswa KFC
Program Biasiswa KFC ini ditawarkan khas kepada pelajar dari keluarga B40 yang layak dan telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam tempatan untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat universiti.
Program biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang tetapi memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pengajian.
Selain itu, program biasiswa ini diwujudkan bagi menyediakan sokongan kewangan untuk menampung yuran pengajian dan perbelanjaan kos sara hidup kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Selain bantuan kewangan, program biasiswa ini juga menyediakan intervensi berstruktur yang bertujuan untuk memupuk keperibadian unggul dan profesional di kalangan penerima.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Julai 2024.
Pembiayaan Biasiswa
Buat pelajar yang layak, biasiswa ini merangkumi bayaran yuran pengajian sehingga 4 tahun dan juga elaun bulanan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pelajar dari keluarga B40 yang berumur diantara 18 hingga bawah 21 tahun semasa pemohonan. Telah menerima surat tawaran tanpa syarat dari universiti awam Malaysia.
- Mendapat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 6A (gabungan A dan A+) dengan A atau A+ dalam mata pelajaran asas berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah.
- Mendapat keputusan STPM, Asasi atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0.
- Mendapat keputusan STAM di tahap Jayyid Jiddan dan PNGK minimum 3.0.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://kfc.com.my/scholarship dan permohonan tersebut kemudiannya akan disaring oleh Ahli Jawatankuasa Biasiswa KFC.
Calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk menjalankan beberapa penilaian secara dalam talian melibatkan ujian verbal dan numerik serta ujian peribadi dan moral.
Calon-calon yang berjaya dalam penilaian secara dalam talian akan dijemput ke pusat penilaian untuk penilaian secara bersemuka.
Di pusat penilaian, calon akan diuji tentang kualiti kepimpinan seperti kecerdasan emosi, kerjasama, komunikasi, kreativiti, dan pemikiran kritis.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan info mengenai Biasiswa KFC, sila layari laman web https://kfc.com.my/scholarship
Baca juga: