Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023

Permohonan Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara 2023 kini dibuka!

Pelajar anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah boleh membuat permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara (Timur Tengah) bagi tahun 2023.

Permohonan biasiswa dan PBU ini dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke:

  • Mesir
  • Jordan
  • Maghribi

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 14 Jun 2023.

biasiswa mb selangor

Syarat Am

Syarat am untuk memohon biasiswa dan PBU ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    – Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    – Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    – Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.
  2. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di university yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi
  3. Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  4. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  5. Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
  6. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

i) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor

a) Mesir (Pengajian Bahasa Arab)

  1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; atau
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris; serta sekurang-kurangnya gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya;
    – Bagi pelajar STAM 2019 yang telah menduduki Imtihan Qabul dan mencapai keputusan sekurang-kurangnya Mutawassit Awwal.

b) Mesir (Ulum Islamiyah)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’sarah, Pengajian Syariah Islamiah/ Al-Syariah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah/ Usul al-Din, atau Manahij al-Ulum alIslamiah/ Al-Adab wa al Balaghah; SERTA
  2. Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  4. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

c) Jordan dan Maghribi (Pengajian Islam/Bahasa Arab)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A-, bagi mata pelajaran:
    – Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
    – Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    – Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.

Tatacara Permohonan Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023

Tatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.

Maklumat Lanjut Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara bagi tahun 2023, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: