biasiswa-kijang

Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2022

Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuka permohonan bagi 2 jenis biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang belajar di universiti iaitu Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda.

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh BNM. 

Manakala Biasiswa Sarjana Muda pula dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda.

Permohonan kedua-dua biasiswa ini telah dibuka mulai 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Pembiayaan Yang Ditawarkan

Menerusi kedua-dua biasiswa ini, pelajar akan dibiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Keterikatan Dengan Bank

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun tempoh perkhidmatan di Bank. 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

i) Biasiswa Kijang

  1. Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
  2. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
  4. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2022.

ii) Biasiswa Sarjana Muda

  1. Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
    – STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    – Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
    – Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
    – American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah
  2. Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini.
  3. SPM: Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  5. Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
  6. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2022.
  7. Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link https://careers.bnm.gov.my/psp/escholar/EMPLOYEE/HRMS/c/BNM_SCHOLARSHIP.BNM_SCR_EXT_LOGIN.GBL?
  2. Klik butang “Register.”
  3. Isi nama penuh dan email diikuti dengan butang “Register.”
  4. Login dengan mengisi username dan kata laluan.
  5. Isi semua maklumat permohonan.
  6. Hanter permohonan setelah semua maklumat diisi.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda, layari laman web BNM iaitu https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top