Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuka permohonan bagi 2 jenis biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang belajar di universiti iaitu Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda.
Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa ini.
Mengenai Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana BNM
Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh BNM.
Manakala Biasiswa Sarjana Muda pula dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda.
Permohonan kedua-dua biasiswa ini telah dibuka mulai 20 Mei 2024 sehingga 9 Jun 2024.
Pembiayaan Yang Ditawarkan
Menerusi kedua-dua biasiswa ini, pelajar akan dibiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Keterikatan Dengan Bank
Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun tempoh perkhidmatan di Bank.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
i) Biasiswa Kijang
- Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024.
ii) Biasiswa Sarjana Muda
- Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
– STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
– Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
– Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
– American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah - Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini.
- SPM: Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2024.
- Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Klik link permohonan iaitu bnm.my/scholarships.
- Klik butang ‘Scholarship Application System.’
- Pilih biasiswa yang ingin dipohon.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Klik butang ‘Register.’
- Isi nama penuh dan email diikuti dengan butang ‘Register.’
- Login dengan mengisi username dan kata laluan.
- Isi semua maklumat permohonan.
- Hanter permohonan setelah semua maklumat diisi.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda 2024, layari laman web BNM iaitu https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships.
Baca juga: