Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kepada para pelajar Universiti Awam (UA) Dalam Negara Peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara.

Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara ini diberikan kepada pelajar di Wilayah Persekutuan yang tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa.

Bagi pelajar UA yang berminat, permohonan perlu dibuat melalui borang permohonan sebelum 11 November 2022. 

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang Pengajian yang akan ditaja bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

PeringkatBidang Pengajian
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal dan Kesihatan-Perubatan
-Pergigian
-Farmasi
-Bioteknologi Perubatan
-Audiologi
-Optometri
-Lain-lain yang berkaitan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera-Pengajian Islam (Semua Bidang)
-Lain-lain yang berkaitan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial-Perakaunan
-Perbankan Islam
-Undang-Undang
-Sains Teknologi
-Teknologi Maklumat
-Lain-lain yang berkaitan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan-Elektrik
-Elektronik
-Kimia
-Senibina
-Ukur Bahan
-Mekanikal
-Lain-lain yang berkaitan
Lain-Lain-Lain-lain bidang yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Badan Professional dan mematuhi hukum syara’

Syarat Umum

Syarat umum bagi memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam.
  2. Bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  3. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  4. Tertakluk kepada had kifayah dan syarat tawaran biasiswa MAIWP.

Cara Memohon

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/94-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara?fbclid=IwAR3J6UzWPAFgJ31juC-VoRI2ADaBwKw8nAccTV-iri5EcBuzkOwj_Vbkzw4/
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar semua dokumen beserta dokumen sokongan ke:
    – Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
    – Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
    – Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
    – Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Dua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih (menutup aurat bagi wanita).
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar.
  3. Satu salinan kad pengenalan suami/ayah, isteri/ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  4. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini Suami/Ayah dan Isteri/Ibu/pengesahan pendapatan suami/ayah dan isteri/ibu yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja).
  5. Satu salinan surat perakuan nikah.
  6. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) terkini.
  7. Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/STAM/Salinan Transkrip Penuh/Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
  8. Satu Salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  9. Satu salinan kad memeluk Islam.
  10. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tangguangan.
  11. Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.
  12. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu terkini.
  13. Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
  14. Satu salinan Pengesahan Pengajian/Kad Pelajar/Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar
    di IPT.
  15. Satu salinan buku akaun bank pelajar (kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank).
  16. Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara, sila hubungi 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: