Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang Luar Negara 2023/2024

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Luar Negara (Mesir/Jordan/ Morocco) bagi sesi 2023/2024.

Tawaran ini dibuka kepada mereka yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2023/2024 di Mesir/Jordan/Morocco.

Untuk pemohon yang berminat memohon, penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa MAIWP.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 30 Jun 2023 (Jumaat) melalui borang permohonan yang disediakan.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang pengajian yang ditaja untuk permohonan biasiswa ini adalah seperti:

i) Jordan

  1. Ijazah Sarjana Muda Bidang Ekonomi
  2. Ijazah Sarjana Muda Bidang Perbankan
  3. Ijazah Sarjana Muda Bidang Pengajian Islam
  4. Ijazah Sarjana Muda Bidang Bahasa Arab

ii) Mesir

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan
  2. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pergigian
  3. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab
  4. Ijazah Sarjana Muda Dakwah
  5. Ijazah Sarjana Muda Dirasat Islamiah
  6. Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang
  7. Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah
  8. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  9. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ulum Islamiah
  10. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat

iii) Morocco

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  5. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon yang berminat memohon adalah seperti:

i) Pengajian di Mesir

  1. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz; dan
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) Bahasa Melayu.
  2. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, dan Matematik.
  3. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat Maahad Al-Qiraat Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/Universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  4. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Pengajian Pergigian dan Pengajian Farmasi mestilah:
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) dan lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C).

ii) Pengajian di Jordan dan Morocco

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang Gred (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, dan Matematik.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon-calon berikut tidak layak memohon iaitu:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/alpha/foundation.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh manamana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  6. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan#.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan tersebut.
  4. Borang permohonan yang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke:
    – Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur
    – Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
    – Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya
    – Kaunter MAIWP Cawangan Labuan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Pengajian Luar Negara, sila layari laman web MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/ atau menghubungi talian 03-40477600
samb. 7410/7411/7412/7413/7632 Unit Pendidikan, Seksyen IPT Bahagian Agihan Zakat (waktu bekerja).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: