Biasisiwa Melanjutkan PhD Luar Negara UM
Universiti Malaya (UM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa melanjutkan PhD di luar negara di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tahun 2025.
Berikut diterangkan mengenai permohonan ini..
Mengenai Biasiswa PhD Melanjutkan Pengajian Di Luar Negara UM
Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA adalah satu program Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) yang diwujudkan untuk meningkatkan bilangan staf akademik berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) atau setaraf di Universiti Awam bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
Melalui skim ini, Universiti Awam khususnya Universiti Malaya mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan Fellowship untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD atau setaraf untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.
Selain itu, MARA jugamenawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat PhD di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda dan/atau Sarjana untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Tawaran Biasiswa
Biasiswa ini ditawarkan kepada pemohon berikut:
- Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD.
- Pengajian di luar negara
- Pemilihan Universiti selain United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia atau yang mengenakan yuran percuma/yuran minimum perlu berada di kedudukan 50 terbaik dunia oleh QS WUR/QS WUR by Subject berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings/Times Higher Education (THE) World University Ranking/The Academic Ranking of World Universities (Shanghai Ranking).
- Pemilihan universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia perlu berada di kedudukan 25 terbaik dunia keseluruhan atau by Subject berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings/Times Higher Education (THE) World University Ranking/The Academic Ranking of World Universities (Shanghai Ranking).
- Keutamaan kepada universiti di negara Singapura, Taiwan, China, Korea Selatan & Amerika Syarikat.
- Syarat-syarat pemilihan penyelia adalah seperti berikut:
Ikatan Perjanjian
Setiap calon yang ditawarkan biasiswa mempunyai dua (2) ikatan perjanjian iaitu bersama Universiti Malaya selaku majikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pihak Kerajaan.
Sekiranya calon ditawarkan pinjaman pelajaran MARA akan mempunyai dua (2) ikatan perjanjian iaitu bersama Universiti Malaya selaku majikan dan MARA. Tempoh kuat kuasa kontrak adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA/MARA. Manakala bagi calon bukan Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik IPTA sahaja.
- Calon telah mendapat tempat pengajian dengan Surat Tawaran Rasmi.
- Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi peringkat PhD atau setaraf.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. (Calon yang belum tamat pengajian Ijazah Sarjana tidak layak untuk memohon).
- Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon hanya berhak memohon satu Pusat Tanggungjawab dan satu bidang pengajian sahaja.
- Tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain. Sekiranya ada, calon perlu mengemukakan surat pelepasan/penangguhan ikatan daripada penaja.
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.
- Calon yang pernah mengikuti program PhD atau setaraf di mana-mana Universiti Awam atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
- Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
Tatacara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pautan permohonan: https://career.um.edu.my/scholarships
- Daftar akaun dan lengkapkan “Profile.”
- Klik “Scholarships” tab.
- Klik butang “Details” untuk maklumat biasiswa yang ditawarkan.
- Klik butang “Apply” dan lengkapkan permohonan.
- Klik butang “Submit” (semakan permohonan di “Application” tab).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://career.um.edu.my/scholarships.
Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan PEKEMA (Khusus Pelajar UPM)