biasiswa-mybrainsc-kpt

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2022

Pelajar warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang Sains Tulen, permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT telah dibuka.

Untuk makluman, Biasiswa MyBrainSc ialah salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Objektif biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan Universiti Awam (UA).
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Permohonan secara atas talian dibuka mulai 15 Mac 2022 sehingga 14 April 2022 secara atas talian.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:

i) Kedoktoran (PhD)

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Calon berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023.
  3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen.
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  6. Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  7. Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

ii) Sarjana

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Calon berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2023.
  3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
  6. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  7. Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

iii) Ijazah Pertama

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Umur calon tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2023.
  3. Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.
  4. Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asassi Sains/ Matrikulasi/ STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.
  5. Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan biasiswa ini boleh diikuti melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Baharu.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Semak kelayakan terlebih dahulu.
  7. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  8. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  9. Hantar permohonan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Kedoktoran (PhD)

  1. Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  5. Skrol Ijazah Sarjana.
  6. Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  7. Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  8. Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.

ii) Sarjana

  1. Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  5. Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  6. Surat Tawaran Universiti (jika ada).

iii) Ijazah Pertama

  1. Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.
  5. Surat Tawaran Universiti (jika ada).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa MyBrainSc KPT 2022, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/ atau menghubungi 03-88881616.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top