Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2023

Murid Tingkatan 1 dan 4 di Negeri Pahang berpeluang untuk mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Pahang menerusi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah).

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) merupakan biasiswa yang diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di sekolah menengah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Pada peringkat awal, peutamaan pemberian biasiswa diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, biasiswa ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah menengah.

Oleh itu, permohonan bagi biasiswa ini telah dibuka mulai 10 Mei 2023 dan akan ditutup pada 12 Jun 2023.

Kadar Biasiswa Pahang Sekolah Menengah

Sebelum 2012, kadar biasiswa yang diberikan kepada murid Tingkatan 1 dan 4 adalah RM500 setahun.

Namun, selepas tahun tersebut, kadar biasiswa tersebut telah dinaikkan kepada RM600 setahun.

Pembayaran dibuat sebanyak dua kali setahun pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.

Jenis Sekolah

Jenis sekolah yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Agama (SMA)
  • SekolahAgama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kolej Vokasional
  • Sekolah Menengah Teknik

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  5. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  6. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di SMK/SMKA/SMA/SABK/Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik dalam Negeri Pahang Darul Makmur (diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  9. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Cara Memohon Biasiswa Pahang Sekolah Menengah

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang boleh dipohon melalui pihak sekolah masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: